Monday, December 31, 2012

SetelaH SekiaN LamA


Assalamualaikum all!
 
syukur Alhamdulillah setelah sekian lama, masih lagi dikurniakan kesempatan meng'update' blog! ^_^
 
akhirnya dapat jugak curi2 masa utk update blog kat ofis ni,
yes, today is the last day for 2012! & of course la ramai bosses yang bercuti.
left all the 'coolies' only in the office today,
& ramai pulak yang balik awal..ish ish ish..(excluding me ya!)
 
Last Monday, my older sister safely delivered her 2nd daughter!
alhamdulillah she's so cute & adorable!
Nurhasya Aulia', quite difficult to pronounce yet so uniqe & meaningful!
may Allah grant both my sis & Hasya good health insyaAllah!
here she is before & after 'cukur rambut'!
fresh lagi nih!

selepas di'botakkan'!
And last 17th  Dec 2012 was me & my chubby hubby's 2nd anniversary!
Alhamdulillah, it was great & i'm so grateful that we have spent 2 years together,
all the bitter sweet we went through, all the hope & dreams we shared!
i must thank Allah for all the blesses, a truly great, unexpected, priceless & meaningful anniversary gift we received from Allah, insyaAllah may Allah make it easy & smooth for us,amiin!
 
wish u all HAPPY NEW YEAR 2013, have a blissful days ahead & may Allah be pleased with us throughout the year!
 
Amiin, amiin, amiin....
 
 

Thursday, October 18, 2012

BELAJAR REDHA DENGAN TAKDIR ALLAH


source: mr google image
 
 
Kenapa kita sukar menerima takdir Allah yg kita tak suka?
 
analogi menurut Ust Norhisyam..
seorang kanak2 terlihat seekor ular berwarna hijau yang berkilat dan kelihatan cantik & unik pada pandangan matanya..
ibu yg terlihat langkah si anak yg semakin menghampiri ular tersebut
segera menarik anaknya pergi jauh dari bahaya itu..
sehinggalah si anak menangis teresak-esak, marah & salahkan si ibu kerana membiarkan ular tersebut berlalu pergi..
si anak yg masih kecil tidak tahu bahaya yg sedang menanti di hadapan..
 
begitulah juga kita diibaratkan anak kecil tersebut..
apa yang baik dan menarik pada pandangan kita, tidak semestinya baik untuk kita..
 
Firman Allah..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Surah. Al Baqarah:216)
 
firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II)
 
Redha dgn apa saja yg Allah takdirkan untuk kita
 
Terus usaha dan bersangka baiklah pada Allah..
 
Pencipta seisi langit dan bumi..

Wednesday, October 17, 2012

SYURGA, NERAKA

Berapa ramai dari kalangan kita yang mengimpikan SYURGA?
 
Berapa ramai juga dari kalangan kita yang sangat gerunkan NERAKA?
 
Tapi berapa pula dari kalangan kita yang sanggup berkorban apa saja,
 
jiwa & raga, keseronokan nikmat hidup yang sementara di DUNIA?
 
nak MENUTUP AURAT yang WAJIB itu pun penuh beralasan,
 
nak menjaga SOLAT yg FARDHU itu pun berlengah-lengah,
 
ALLAH, tanpa rahmat dn belas ihsan dariMu,
 
sesungguhnya kamilah manusia yg paling rugi,
 
ALLAH, kami tak layak ke SYURGAMu,
 
namun kami tak sanggup membayangkan azab NERAKAMu..
 
ALLAH, ampunkan dosa kami,
 
tetapkan IMAN kami, kuatkan kami dalam perjalanan menuju redhaMu ya ALLAH..
 
SUBHANALLAH..
 

Friday, October 12, 2012

Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah

Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah

Wednesday, October 3, 2012

Friday, September 7, 2012

WEDDING LELA!

31st August 2012 &1st Sept 2012-Big Day for My Dearest Lela! ^_^
 
Selamat Pengantin Baru Lela!
Lela is my ex rumate..
we have been a room partner for 4 years (7 semesters) in UUM..
since 2005-2009..
 
once, in 6th sem we are separated..
but not for long..
our jodoh is still very strong! ^_^
 
my rumate at that time was a senior who was doing her DPLI..
only for 1 month..lela still keep coming to my room & make it like hers too!
Alhamdulillah my senior is very supporting & yet, she always went to her friend's room too!
then, we are together again!
until my last day in UUM..
 
indeed, we shared everything..
laughters, tears, jealousy, disappointment, frustration, love, happiness together!
 
MAY ALLAH BLESS OUR FRIENDSHIP & MAY ALLAH BLESS YOURS & MY MARRIAGE WITH SOLEH & SOLEHAH KIDS! ^_^
 
my besties! me, ira, lela,su, ain & ju! ;)
 
now already 3 couples! ;)

 

she chosed to wear Jubah, me too! ;)

 


this is us back in 2009 when we were only 22! so youngy2! ^_^

Thursday, August 30, 2012

SUSU KAMBING!

salam u ols! nak cerita ckit pengalaman minum susu kambing!
mcm la org lain tak pernah minum kan.. ;)
saya baru try 6 botol, RM 5 sebotol, delivery ke ofis RM 5,
http://susukambing-rosalizi.blogspot.com/

SENYUM KAMBING! sumber: en google!
rasanya memang WOW! amazing! ;p
especially bagi saya yang memang tak suka makan daging kambing!
huhu, the smell is just so strong! walaupun dlm website penjual tu kata enak & lazat tanpa bau kambing!
tapi saya tak merungut pada penjual tu, sebab kalau nak fresh mst la ada bau kambing tu, betul x?
malahan saya puas hati sebab dapat minum susu kambing fresh, before ni dok minum yg powder je.

susu kambing adalah susu yg sangat baik untuk kesihatan, lelaki & perempuan,
x kira samada yang masih dara & teruna atau yg sudah berkahwin.macam in my case,
of course la tujuannya utk menambahkan tenaga + meningkatkan kesuburan..
sangat confident dengan susu kambing sebab memang menjadi sunnah Nabi kita kn?..
di bawah ni antara kebaikan minum susu kambing, boleh la try yek!

 
KHASIAT SUSU KAMBING SEGAR
 
-Minuman kesihatan
-Paling hampir dengan susu ibu
-Kaya dengan protein, kalsium, vitamin A
-Untuk kecerdasan otak, kuatkan daya ingatan
-Mengembalikan tenaga setelah penat bekerja
-Lancarkan sistem penghadaman perut dan usus
-Kuatkan tulang dan sendi.  Kuatkan imunisasi
-Tingkatkan kesuburan dan penyembuhan
-Untuk kesihatan mata, rambut & kulit
-Mencantikkan kulit. Awet muda.

DIPERCAYAI MEMBANTU MERAWAT

Demam kuning, Lelah, Asma, Gastrik, Ulser
Masalah keracunan dalam badan/perut
Luka dan sakit dalaman
Osteoporosis, Hepatetis, Batuk kering, Barah
Sakit sendi, pinggang, senggugut, lemah tenaga batin

SESUAI DIMINUM OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR

Kanak-kanak, Pelajar
Pasangan baru berkahwin
Pasangan yang inginkan zuriat
Wanita mengandung, Wanita berumur
Lelaki yang sentiasa mahu sihat bertenaga
Ahli sukan dan aktiviti lasak
ELOK DIMINUM SUAM +2BIJI KURMA
Waktu pagi ketika perut kosong dan malam

Monday, August 27, 2012

August 27th & COCOA COLLAGEN POWER PLUS!

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!
Taqabbalallahu minna waminkum! ^_^

selamat kembali bekerja hari ini, 27th August 2012 bersamaan dengan hari lahir bondaku yg ke 53! Happy Birthday Mamito! semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan pada mak, moga mak terus tabah dan cekal dalam hidup!

pagi ni confirm dah memang Monday Blues! rasa macam nak EL je..
syukur dapat suami yang walaupun takde mood dan malas nak gi opis, dia tetap rasa bertanggungjawab, nak jugak pi opis sebab bnyak keje kena settlekan! ;) hidup suami isteri kan saling melengkapi antara satu sama lain, saling bertolak ansur dan memberi smgt!

pagi ni sempat google tentang ccpp- COCOA COLLAGEN POWER PLUS!

actually before puasa hari tu, sempat hbiskan CCPP yg mak bagi lama dulu, tak ingat bila, maybe awal tahun 2011..huhu..tak minum sebab rasa tak berapa sedap, means tak sesedap nescafe,white coffee etc..

disebabkan nak start puasa, maka stok2 makanan & minuman dalam laci ni kena la habiskan, kalau tak, terliur nanti tengok.. :p

minum CCPP dalam 2 weeks before puasa, once daily, so surprising! saya jadi hairan & pelik sebab kulit muka jadi licin & gebu lain macam, no more white & black head yang sokmo2nya ada kat hidung & bawah mata..

Lepas habis je stok CCPP tu, dah mula la naik balik white & black head tu..tapi maybe jugak sebab hormon dah tak betul masa Ramadhan hari tu, sampai 15 hari kena ganti puasa! :(

so, sekarang plan nak mula balik ambik CCPP. tujuan utama sebenarnya sebab nak balancekan hormon + bagi tenaga tambahan kat badan yg cepat sangat rasa letih ni!

 
insyaAllah, harap2 produk ni berkesan dn bermanfaat esp untuk misi utamaku itu! ^_^

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan & Redha..


Bak kata Ustaz Don, sekiranya kita redha, Allah akan bagi pahala berganda untuk kita kalau kita jaga adab2 berpuasa sama spt org yg berpuasa..tp knp ya?

Sbb kata Ustaz Don, org yg sedang uzur menanggung kesakitan..maklum la kebanyakan kita memang akan alami sakit2 bila kedatangan haid..plg kurg pun lenguh2 kaki..kn?

Betapa Pengasihnya Allah..walaupun kita tak puasa, tak solat tapi tetap dapat pahala spt itu, dgn syarat kita mesti jaga adab2 puasa & tak lupakan Allah dalam urusan seharian semasa dalam keadaan uzur..

tak boleh solat tapi kita boleh zikir!

tak boleh ngaji quran tapi kt boleh tadabbur quran!

Makanya, saya redha..redha..& redha..syukur atas segala kurniaan Allah..

Anda bagaimana? ^_^

Monday, July 16, 2012

EnAmPuLuH!

hakikat yang sememangnya perit untuk ditelan,
perit lagi bila terzahir melalui perubahan fizikal yg semakin ketara,
perit lagi bila membayangkan usaha yg perlu dilalui untuk kembali seperti sedia kala,
sememangnya 60 adalah pengalaman pertama
dalam perjalanan kehidupan selama 26 tahun,
kali pertama mencapai angka 60, satu peringatan buat diri,
dalam usaha utk memiliki zuriat sendiri,
berat badan tak boleh dipandang ringan, pemakanan mesti dijaga,
insyaAllah semoga Ramadhan menjadi medan terbaik untuk mencapai impian,
mengurangkan isi berat badan sekurang-kurangnya 5 kg dalam sebulan!!
challenge yourself WANI! , ada BERAN?? ^_^

Thursday, July 12, 2012

Bagaimana Pakaian Kita??

Kwn2, memang best pakai cantik2, pakai tudung ikut trend, pakai jubah ikut trend, pakai skirt, blouse, shirts..semua ikut trend, tak kisah la nk pakai ikut trend pun, asalkan kita cuba usaha utk pastikan aurat kita terjaga ya..bukan sekadar balut, tapi mesti tutup dengan rapi + dilonggar2kan sedikit...

Buang semua niat utk pamerkan kecantikan kita semasa mengenakan pakaian! ha, itu la part yg ssh sgt tu, biasa la prmpuan, tak bnyak pun, ckit mesti ada niat macam tu, betul tak?? tapi cuba lah kita ingat pada hadith Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta,

diriwayatkan dr Abu Dawud,

"barangsiapa yg memakai baju kerana pamer maka Allah akan memakaikan pakaian yang serupa di hari akhirat kelak dan akan dimasukkan ke dalam api neraka"

Saya sangat kagum pada sahabat2 yang sangat menjaga aurat dan juga penampilan mereka. Pakaian yang sederhana dan menutupi aurat dengan sempurna, semoga kita dikurniakan kekuatan utk istiqamah dalam kebaikan..

i'm telling this to remind myself too! ^_^

Monday, July 9, 2012

Pengalaman berguna & berharga


Alhamdulillah, kesan alahan penggunaan krim yg sangat dahsyat dan menakutkan dah semakin berkurangan, berkat doa & usaha, doa semoga Allah sembuhkan dgn cepat, usaha 2 x ulang alik ke pusat rawatan Islam Az Zahrah + 2x kena cucuk! L hu, sy sgt takut jarum ok..

Ramai yang nasihatkan saya supaya stop penggunaan krim tu, yes I will!

Saya sekali2 takkan larang sesiapa pun utk guna produk tu, sebab..banyak testimony pengguna2 yang mendapat manfaat dari penggunaan krim ajaib tu. Cuma mungkin rezeki saya belum sampai lagi, dan mungkin juga krim ni tak sesuai untuk saya.

Penggunaan selama seminggu, Alhamdulillah tak ada apa2 masalah, masuk minggu kedua, mula naik bijik2 seakan ruam di bhgn perut (tempat sapuan krim), tapi mungkin disebabkan saya ni memang seorang yang sangat tak rajin minum air, makanya kesan2 pengeluaran toksin naik melalui biji2 ruam tu..saya hubungi puan penjual & dimaklumkan saya mesti minum 2-3 liter air sehari! Nak hbiskan 1 liter sehari pn ssh, inikan pulak 3 liter!

Saya minum air spt yg dinasihatkan, tp malangnya, ruam semakin banyak & mula singgah ke pinggang, belakang bdn, dada, kaki, tangan dan yg paling worst, kat muka! Saya mula risau, husband pun nasihatkan pegi klinik memandangkan badan saya mula gatal2 dan saya garu dengan kerap seharian menyebabkan rashes semakin teruk & pedih bila mandi..

Doctor nasihatkan supaya stop penggunaan sebab mungkin isi kandungan krim tu tak sesuai dengan kulit. Walaupun sayang sebab harganya yg agak mahal..rasa ralat sangat..

Alhamdulillah, kulit dah beransur elok, ruam2 pun dh tak timbul lg, Cuma mungkin parut yg lambat nak hilang. Muka pun dah tak bengkak2 lagi, Cuma kulit masih tak licin mcm dulu la..huhu, sedih..

Pengajaran: dengar ckp suami, jgn melawan & jgn terlalu excited guna ubat2 yang bukan atas saranan doctor walaupun mungkin sesuai & berkesan utk orang lain, belum tentu sesuai & berkesan untuk kita. Teruskan usaha dan jangan putus, tak ada jalan singkat untuk mencapai impian kita, usaha & doa, insyaAllah satu hari nanti akan berbaloi segala usaha, penat lelah & perit maung kita berusaha selama ni.

Friday, June 29, 2012

Khusyuk dalam solat?

Penting ke untuk khusyuk dalam solat?


Firman Allah yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Kalau tak khusyuk mcm mana?
Firman Allah yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


Sememangnya sy sendiri akui perlu berusaha lebih kuat untuk khusyuk dlm solat..
Kdg2 terasa sgt rugi wlupun jasad sdg solat tapi hati sgt lalai..
Pernah dengar  ustaz ckp, kt susah nk khusyuk dlm solat sbb hati kita dh terlalu terpaut dn terikat dgn hal2 dunia, melebihi pemikiran kerisauan kita trhadap nasib kita di akhirat kelak..
Sy sgt setuju dgn kata2 ustaz tu..


Kdg2 msa solat esp solat zuhur asar yg kbnyakannya dibuat di ofis, fikiran melayang jauh..
“betul ke aku update status deposit td..isk, kalau slh hbis la mengamuk bos2 dkt aku..”
“isk..lupa plak nk kunci laci meja td..dh la bnyk duit dlm tu…duit org pulak tu..”
“mlm ni nk masak ape ek, ke nk mkn kt luar je…penat pulak rsanya nk masak..”
Dan mcm2 lagi hal2 dunia yg tak dapat nk diusir keluar dr fikiran di saat berbicara dgn Allah di dlm solat..

Saya cuba google dan terjumpa bnyak tips2 untuk khusyuk dlm solat, hatta dlm majalah pun bnyk dibincangkn isu ni..
yg plg penting bg saya adalah utk kita buang terlebih dulu semua perkara2 keduniaan yg blh mengganggu fokus kita dlm solat, tahu makna2 bacaan dlm solat dan mengakui kebesaran Allah.
Terpulang pada diri sendiri utk membaca, memahami dn cuba untuk mempraktikkan setakat mana yg mampu.


Semoga ibdah solat kita diterima Allah..amiin.

Monday, June 25, 2012

Perjalanan yg menyesakkan!

Tmn Medan ke Jln Timur, PJ - by car (jammed!)
Jln Timur ke LRT Tmn Jaya - walking (exhausted!)
LRT Tmn Jaya ke LRT KL Sentral (lrt full!)
LRT KL Sentral ke Monorail KL Sentral - walking (exhausted kuasa 2!)
Monorail KL Sentral ke Monorail Raja Chulan (ada seat but have to smell a very offensive ordor underarm!)
Monorail Rj Chulan ke KFC Sultan Ismail then ke Crowne Mutiara Hotel -walking (500m+500m kot!-exhausted kuasa 3)
Monorail Rj Chulan-Monorail KL Sentral (Alhamdulillah have a seat & comfortable)
LRT KL Sentral-LRT Kerinchi (Alhamdulillah have a seat & comfortable)
LRT Kerinchi ke TM Annexe -walking (exhausted kuasa 4!)

Finally arrived at office, syukur Alhamdulillah! ^_^



Tuesday, June 19, 2012

menyibuk,perli atau ambil berat??

persoalan yang blh membawa maksud yg berbeza..

"wani, dh ada ke blm?"

"thniah kak ...., wani pun dh ada tu!"

"wani, si H nak try produk ...., ko tak nak try ke?"

"isk, dh lama ni..takdak lg ka?, pi berubat tak?"

itu antara soalan yg menimbulkan persoalan..

menyibuk,perli atau ambil berat??

ya, betul..kita kena berfikir positif & bersangka baik..

maka jwpnnya sentiasa AMBIL BERAT..

tapi sy sbg wanita yg SANGAT mahukan zuriat yg lahir dr rahim saya sendiri kdg2 tak mampu nak bersangka baik lg, mngkin yg bertanya benar2 ikhlas mengambil berat..
ttpi tanpa diminta hati sy terSENTUH & terSENTAP..

"wani, jgn risau, rezeki anak milik Allah, jgn putus asa, terus usaha dn doa, sy ada sikit petua dn ubat, kalau2 wani minat dn nak cuba"

mngkin begini lbh acceptable..

saya sedang berusaha, satu persatu..

1. saya berjumpa doktor & buat pemeriksaan, makan ubat dn juga buat rawatan.
2. saya balik kampung utk berurut dgn bidan kampung.
3. saya cuba guna krim spt yg dicdgkn di facebook sy.

tapi belum sampai msanya Allah nak beri rezeki itu pd saya..

sy akn cuba cara lain pula slps ni, mngkn lbh ekstrem,

saya mohon Allah beri petunjuk jln yg trbaik utk sy pilih,

krn sy TIDAK TAHU, sdgkn ALLAH MAHA MENGETAHUI..

Friday, June 8, 2012

AL-KAHFI


Salam Jumuah Barakah! ^_^


syukur hr ni masih dikurniakan Allah nikmat nyawa yg dipinjamkan, gunakan ia utk kebaikan secara maksimum ya! ;)


hr ni spt yg semua sedia maklum, kita umat Islam ni digalakkan untuk membaca + memahami surah Al Kahfi. antara ayat2 Allah di dalam surah ni yg sy rsa sgt relate dgn kehidupan seharian kita & rsanya sgt direct utk difahami oleh insan biasa spt sy yg tak ada ilmu dalam bidang tafsir Al Quran.
Ayat 22-23




وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا ﴿٢٣إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ ۚ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَـٰذَا رَشَدًا ﴿٢٤


Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".


Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".


“Don’t forget to say ‘InsyaAllah’ whenever we say or promise something to be done in future”


Ayat 28


وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨


Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


Baginda Rasulullah bersabda ertinya: "Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim)


Ayat 58


وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ ۖ لَوْ يُؤَاخِذُهُم بِمَا كَسَبُوا لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ ۚ بَل لَّهُم مَّوْعِدٌ لَّن يَجِدُوا مِن دُونِهِ مَوْئِلًا ﴿٥٨


Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.


Boleh kita bayangkan mcm mana kalau setiap kali kita buat dosa, Allah terus direct mengazab kita? Tentulah dh lemah longlai bdn kita ni x mmpu menanggung siksaan..lewat solat kena azab terus, buka aurat, kena azab lagi, mengumpat, kena azab lg…Allah, betapa rahmat Allah melimpah ruah utk kita, peluang utk taubat itu terbuka luas selagi jasad masih bernyawa. Fitrah manusia itu tidak lari dari melakukan dosa, hatta ustaz ustazah pun, pasti ada melakukan dosa smda kecil atau besar..apa yg pntg, kita sentiasa berusaha utk perbaiki diri & usaha utk istiqamah dlm kebaikan..
p/s : Allah, dosa mengumpat ni yg plg menakutkan, dh namanya prmpuan.. :(