Monday, July 16, 2012

EnAmPuLuH!

hakikat yang sememangnya perit untuk ditelan,
perit lagi bila terzahir melalui perubahan fizikal yg semakin ketara,
perit lagi bila membayangkan usaha yg perlu dilalui untuk kembali seperti sedia kala,
sememangnya 60 adalah pengalaman pertama
dalam perjalanan kehidupan selama 26 tahun,
kali pertama mencapai angka 60, satu peringatan buat diri,
dalam usaha utk memiliki zuriat sendiri,
berat badan tak boleh dipandang ringan, pemakanan mesti dijaga,
insyaAllah semoga Ramadhan menjadi medan terbaik untuk mencapai impian,
mengurangkan isi berat badan sekurang-kurangnya 5 kg dalam sebulan!!
challenge yourself WANI! , ada BERAN?? ^_^

Thursday, July 12, 2012

Bagaimana Pakaian Kita??

Kwn2, memang best pakai cantik2, pakai tudung ikut trend, pakai jubah ikut trend, pakai skirt, blouse, shirts..semua ikut trend, tak kisah la nk pakai ikut trend pun, asalkan kita cuba usaha utk pastikan aurat kita terjaga ya..bukan sekadar balut, tapi mesti tutup dengan rapi + dilonggar2kan sedikit...

Buang semua niat utk pamerkan kecantikan kita semasa mengenakan pakaian! ha, itu la part yg ssh sgt tu, biasa la prmpuan, tak bnyak pun, ckit mesti ada niat macam tu, betul tak?? tapi cuba lah kita ingat pada hadith Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta,

diriwayatkan dr Abu Dawud,

"barangsiapa yg memakai baju kerana pamer maka Allah akan memakaikan pakaian yang serupa di hari akhirat kelak dan akan dimasukkan ke dalam api neraka"

Saya sangat kagum pada sahabat2 yang sangat menjaga aurat dan juga penampilan mereka. Pakaian yang sederhana dan menutupi aurat dengan sempurna, semoga kita dikurniakan kekuatan utk istiqamah dalam kebaikan..

i'm telling this to remind myself too! ^_^

Monday, July 9, 2012

Pengalaman berguna & berharga


Alhamdulillah, kesan alahan penggunaan krim yg sangat dahsyat dan menakutkan dah semakin berkurangan, berkat doa & usaha, doa semoga Allah sembuhkan dgn cepat, usaha 2 x ulang alik ke pusat rawatan Islam Az Zahrah + 2x kena cucuk! L hu, sy sgt takut jarum ok..

Ramai yang nasihatkan saya supaya stop penggunaan krim tu, yes I will!

Saya sekali2 takkan larang sesiapa pun utk guna produk tu, sebab..banyak testimony pengguna2 yang mendapat manfaat dari penggunaan krim ajaib tu. Cuma mungkin rezeki saya belum sampai lagi, dan mungkin juga krim ni tak sesuai untuk saya.

Penggunaan selama seminggu, Alhamdulillah tak ada apa2 masalah, masuk minggu kedua, mula naik bijik2 seakan ruam di bhgn perut (tempat sapuan krim), tapi mungkin disebabkan saya ni memang seorang yang sangat tak rajin minum air, makanya kesan2 pengeluaran toksin naik melalui biji2 ruam tu..saya hubungi puan penjual & dimaklumkan saya mesti minum 2-3 liter air sehari! Nak hbiskan 1 liter sehari pn ssh, inikan pulak 3 liter!

Saya minum air spt yg dinasihatkan, tp malangnya, ruam semakin banyak & mula singgah ke pinggang, belakang bdn, dada, kaki, tangan dan yg paling worst, kat muka! Saya mula risau, husband pun nasihatkan pegi klinik memandangkan badan saya mula gatal2 dan saya garu dengan kerap seharian menyebabkan rashes semakin teruk & pedih bila mandi..

Doctor nasihatkan supaya stop penggunaan sebab mungkin isi kandungan krim tu tak sesuai dengan kulit. Walaupun sayang sebab harganya yg agak mahal..rasa ralat sangat..

Alhamdulillah, kulit dah beransur elok, ruam2 pun dh tak timbul lg, Cuma mungkin parut yg lambat nak hilang. Muka pun dah tak bengkak2 lagi, Cuma kulit masih tak licin mcm dulu la..huhu, sedih..

Pengajaran: dengar ckp suami, jgn melawan & jgn terlalu excited guna ubat2 yang bukan atas saranan doctor walaupun mungkin sesuai & berkesan utk orang lain, belum tentu sesuai & berkesan untuk kita. Teruskan usaha dan jangan putus, tak ada jalan singkat untuk mencapai impian kita, usaha & doa, insyaAllah satu hari nanti akan berbaloi segala usaha, penat lelah & perit maung kita berusaha selama ni.