Friday, June 7, 2013

ISTILAH SUKAR HAMIL, SESUAIKAH??

Bagi pasangan yang sudah berkahwin setahun & ke atas, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, biasanya golongan ini akan digelar sbg 'sukar hamil'.
pernahkah kita terfikir bahawa ada juga pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata dalam rumahtangga, sedangkan kedua2 suami & isteri tiada masalah (atas pengesahan dokt pakar).
bukan hanya bagi golongan ini, pasangan yg bermasalah sekalipun, istilah 'sukar hamil' kurang sesuai digunakan, sebaliknya yakinlah bahawa takdir Allah yang menentukan belum sampai masanya untuk Allah kurniakan cahaya mata pada kita dan bila dh sampai masanya,
maka tiada lagi istilah 'sukar hamil' tu hokey!
 
tentulah kita sbg hamba kena terus berdoa semoga Allah kurniakan zuriat pada kita kan?
tak kisahlah samada kita ni bermasalah atau tidak,
yang penting kita perlu usaha sedaya upaya, jgn berputus asa!
kalau kita rasa 2 tahun dh cukup lama, bagaimana pula dgn pasangan yg dah 6-7 tahun menanti?
sebagai hamba Allah yg lemah & tiada daya melainkan dgn keizinan Allah,
kita teruslah berdoa, semoga kita diberi kekuatan untuk bersabar dengan ujian Allah.
Maha Suci Allah, Dialah yg menciptakan kita dari tiada kpd ada..masya Allah, kun fayakun..
yakinlah wahai hati, sabarlah wahai hati, kuatkan iman, semoga Allah kurniakan sesuatu yg plg indah atas segala kesusahan, kesedihan yang kita alami selama ini..
 
Ya Allah, seandainya ada di kalangan mereka yg membaca tulisanku ini yang masih sepertiku, menanti kehadiran zuriat dalam hidup mereka, Kau kuatkanlah semangat kami, permudahkanlah urusan kami, kurniakan ganjaran pahala atas kesabaran kami selama ini dan Kau kurniakanlah kami dari sisi Mu zuriat yg soleh dan solehah, penyejuk mata dan hati kami!
Amiin.. ^_^
 
especially for TTC women like me! You're not alone! We're not alone!