ni antara ayat2 yg mmg x bleh blah..
Dalam dialog bersama wartawan di Kota Bharu semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, beliau tidak bangga berbangsa Melayu kerana bangsa itu datang secara automatik dan dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.
Sementara itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya berhati-hati apabila membuat kenyataan kerana dikhuatiri ia mengundang sikap bongkak, takbur dan kufur.
- xtau la kalau ada org still nk kt tok guru tu bongkak, takabbur dgn melihat kpd betapa bersederhananya beliau dlm kehidupan seharian..
Katanya, Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mengenali antara satu sama lain sebagaimana terkandung dalam ayat ke-13, surah Al-Hujurat.
"Manusia yang tidak kenal bangsanya adalah manusia yang tidak mengenali dirinya dan ia membawa kepada tidak mengenal Allah.
"Dia sepatutnya menyelami dan mendalami ayat al-Quran sebelum mengeluarkan kata-kata supaya tidak berlaku bidaah yang memusnahkan ibadah dan memesongkan tauhid diri dan ummah," tegasnya.
- saya yakin tok guru bangga mnjadi bangsa Melayu tetapi beliau tak mahu keterlaluan kerana apa yg lbh pentg adalah agama, kalau Islam selamat, insyaALLAH bangsa juga akn slmt..
WALLAHU A'LAM.. (this is not about politic,it is about respect to a 'tok guru'..)