Showing posts with label miscl. Show all posts
Showing posts with label miscl. Show all posts

Monday, December 31, 2012

SetelaH SekiaN LamA


Assalamualaikum all!
 
syukur Alhamdulillah setelah sekian lama, masih lagi dikurniakan kesempatan meng'update' blog! ^_^
 
akhirnya dapat jugak curi2 masa utk update blog kat ofis ni,
yes, today is the last day for 2012! & of course la ramai bosses yang bercuti.
left all the 'coolies' only in the office today,
& ramai pulak yang balik awal..ish ish ish..(excluding me ya!)
 
Last Monday, my older sister safely delivered her 2nd daughter!
alhamdulillah she's so cute & adorable!
Nurhasya Aulia', quite difficult to pronounce yet so uniqe & meaningful!
may Allah grant both my sis & Hasya good health insyaAllah!
here she is before & after 'cukur rambut'!
fresh lagi nih!

selepas di'botakkan'!
And last 17th  Dec 2012 was me & my chubby hubby's 2nd anniversary!
Alhamdulillah, it was great & i'm so grateful that we have spent 2 years together,
all the bitter sweet we went through, all the hope & dreams we shared!
i must thank Allah for all the blesses, a truly great, unexpected, priceless & meaningful anniversary gift we received from Allah, insyaAllah may Allah make it easy & smooth for us,amiin!
 
wish u all HAPPY NEW YEAR 2013, have a blissful days ahead & may Allah be pleased with us throughout the year!
 
Amiin, amiin, amiin....
 
 

Thursday, August 30, 2012

SUSU KAMBING!

salam u ols! nak cerita ckit pengalaman minum susu kambing!
mcm la org lain tak pernah minum kan.. ;)
saya baru try 6 botol, RM 5 sebotol, delivery ke ofis RM 5,
http://susukambing-rosalizi.blogspot.com/

SENYUM KAMBING! sumber: en google!
rasanya memang WOW! amazing! ;p
especially bagi saya yang memang tak suka makan daging kambing!
huhu, the smell is just so strong! walaupun dlm website penjual tu kata enak & lazat tanpa bau kambing!
tapi saya tak merungut pada penjual tu, sebab kalau nak fresh mst la ada bau kambing tu, betul x?
malahan saya puas hati sebab dapat minum susu kambing fresh, before ni dok minum yg powder je.

susu kambing adalah susu yg sangat baik untuk kesihatan, lelaki & perempuan,
x kira samada yang masih dara & teruna atau yg sudah berkahwin.macam in my case,
of course la tujuannya utk menambahkan tenaga + meningkatkan kesuburan..
sangat confident dengan susu kambing sebab memang menjadi sunnah Nabi kita kn?..
di bawah ni antara kebaikan minum susu kambing, boleh la try yek!

 
KHASIAT SUSU KAMBING SEGAR
 
-Minuman kesihatan
-Paling hampir dengan susu ibu
-Kaya dengan protein, kalsium, vitamin A
-Untuk kecerdasan otak, kuatkan daya ingatan
-Mengembalikan tenaga setelah penat bekerja
-Lancarkan sistem penghadaman perut dan usus
-Kuatkan tulang dan sendi.  Kuatkan imunisasi
-Tingkatkan kesuburan dan penyembuhan
-Untuk kesihatan mata, rambut & kulit
-Mencantikkan kulit. Awet muda.

DIPERCAYAI MEMBANTU MERAWAT

Demam kuning, Lelah, Asma, Gastrik, Ulser
Masalah keracunan dalam badan/perut
Luka dan sakit dalaman
Osteoporosis, Hepatetis, Batuk kering, Barah
Sakit sendi, pinggang, senggugut, lemah tenaga batin

SESUAI DIMINUM OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR

Kanak-kanak, Pelajar
Pasangan baru berkahwin
Pasangan yang inginkan zuriat
Wanita mengandung, Wanita berumur
Lelaki yang sentiasa mahu sihat bertenaga
Ahli sukan dan aktiviti lasak
ELOK DIMINUM SUAM +2BIJI KURMA
Waktu pagi ketika perut kosong dan malam

Monday, July 9, 2012

Pengalaman berguna & berharga


Alhamdulillah, kesan alahan penggunaan krim yg sangat dahsyat dan menakutkan dah semakin berkurangan, berkat doa & usaha, doa semoga Allah sembuhkan dgn cepat, usaha 2 x ulang alik ke pusat rawatan Islam Az Zahrah + 2x kena cucuk! L hu, sy sgt takut jarum ok..

Ramai yang nasihatkan saya supaya stop penggunaan krim tu, yes I will!

Saya sekali2 takkan larang sesiapa pun utk guna produk tu, sebab..banyak testimony pengguna2 yang mendapat manfaat dari penggunaan krim ajaib tu. Cuma mungkin rezeki saya belum sampai lagi, dan mungkin juga krim ni tak sesuai untuk saya.

Penggunaan selama seminggu, Alhamdulillah tak ada apa2 masalah, masuk minggu kedua, mula naik bijik2 seakan ruam di bhgn perut (tempat sapuan krim), tapi mungkin disebabkan saya ni memang seorang yang sangat tak rajin minum air, makanya kesan2 pengeluaran toksin naik melalui biji2 ruam tu..saya hubungi puan penjual & dimaklumkan saya mesti minum 2-3 liter air sehari! Nak hbiskan 1 liter sehari pn ssh, inikan pulak 3 liter!

Saya minum air spt yg dinasihatkan, tp malangnya, ruam semakin banyak & mula singgah ke pinggang, belakang bdn, dada, kaki, tangan dan yg paling worst, kat muka! Saya mula risau, husband pun nasihatkan pegi klinik memandangkan badan saya mula gatal2 dan saya garu dengan kerap seharian menyebabkan rashes semakin teruk & pedih bila mandi..

Doctor nasihatkan supaya stop penggunaan sebab mungkin isi kandungan krim tu tak sesuai dengan kulit. Walaupun sayang sebab harganya yg agak mahal..rasa ralat sangat..

Alhamdulillah, kulit dah beransur elok, ruam2 pun dh tak timbul lg, Cuma mungkin parut yg lambat nak hilang. Muka pun dah tak bengkak2 lagi, Cuma kulit masih tak licin mcm dulu la..huhu, sedih..

Pengajaran: dengar ckp suami, jgn melawan & jgn terlalu excited guna ubat2 yang bukan atas saranan doctor walaupun mungkin sesuai & berkesan utk orang lain, belum tentu sesuai & berkesan untuk kita. Teruskan usaha dan jangan putus, tak ada jalan singkat untuk mencapai impian kita, usaha & doa, insyaAllah satu hari nanti akan berbaloi segala usaha, penat lelah & perit maung kita berusaha selama ni.

Wednesday, January 11, 2012

AYAT-AYAT CINTA

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 7 since surgery hr tu & i can say that i feel much2 better & dh blh jln laju ckit, tp xleh laju sgt, nt mak marah & 'halau' balik PJ sbb x dgr ckp..hehe..

hari ni since pg td mulakan marathon baca novel, WANI BACA NOVEL????
haha, kak su la punya idea ni, pi bg kt cek novel pulak,,
al maklum la cek kan org plg bosan di alam ini buat waktu ini.. =)

anyway, there is no regret baca novel ni, seriously x rasa buang masa, & x rasa buat something yg sia2..
malahan rasa sgt bermotivasi dan bersemangat lps bc novel ni..
mungkin berkat keikhlasan hati penulis Habiburrahman El Shirazy ni agaknye,
well, he's a great novelist!

well, i would recommend all especially youngsters to read this novel including my hubby (but 4 sure la dia xkan baca even boring tahap ape skalipun..) ..the story really inspiring, the character, all the dakwah (ayat2 Quran & hadith2) yg disampaikan sangat memberi kesan pd hati, especially hati yg serapuh hati WANI ni kan..huhu, air mata mengalir pn xsempat nak diseka..

yg pastinya, air mata mengalir bkn semata2 sbb cerita cinta yang menyayat hati semata2,
tp bnyak penceritaan islamic spt sejarah tokoh2 ilmuan Islam, hadith2 Nabi yg sangat kena dgn penceritaan AYAT-AYAT CINTA ni, pengorbanan pejuang2 Islam yg dipenjara kerana menegakkan agama Islam yg suci..terasa betapa hina dan kerdilnya diri ini di sisi Allah..sungguh, membaca novel  ni memberikan sejuta kesedaran dan keinsafan ditambah dgn kehebatan 3 watak utama..masing2 dgn kekuatan yg tersendiri..

Fahri dgn keperibadiannya yg sgt teguh sbg pemuda Islam yg diuji Allah dgn pelbagai ujian hidup tp masih tetap menegakkan agama Allah dan menjadikan hidup sbg Muslim & Mukmin itu tetap indah di dlm suka & duka..

Aisha & Maria, dua wanita yg sgt setia pd cinta mereka, sanggup berkorban jiwa dan raga utk suami tercinta, tetapi tetaplah kecintaan pada Allah & Rasul melebihi segalanya, mengharapkan utk terus bercinta dgn suami tersayang hingga ke syurga..


cerita yg sebegini indah & sempurna pasti bkn calang2 org yg dpt menyampaikan dgn jayanya spt penulis ni.. well, Indonesian terkenal dgn kebolehan mencipta ayat2 yg romantis jgk kn? maybe penulis kelahiran Semarang ni, one of them yg sgt success dlm penulisannya.

anyway, memang la cek ni sgt ketinggalan sbb novel ni dibuat pd tahun 2005, tahun 2012 baru cek baca..adoyai..anyway, dsbbkan dh tgk filemnya pd thn 2008/2009 cmtu so jln ceritanya dh blh agak la cuma still la NOVEL is the best! lebih terkesan di hati! (^_^)

it took half day jugak for me to 'khatamkan' 1 novel 492 ms ni..adoi..org lain bc laju je kn..
thats why jgk la che x suka bc novel..hihi,
anyway, kalau ada lg nobel ye BEST mcm ni, nk bc la jugak, sbb BERBALOI-BALOI! >.<

Tuesday, January 3, 2012

AKU YANG BERDOSA

Alhamdulillah, syukur pd Allah masih dikurniakan nikmat nyawa dan kesihatan untuk terus berada di atas muka bumi ciptaan Allah ni.
terlalu bnyak nikmat Allah pd kita..
insyaAllah moga kt terus menggunakan nikmat ini utk kebaikan..

hari ni bagaikan satu episod baru dlm hidup, dgn kehadiran tahun baru 2012 yg baru masuk hari ke 3..
masih jauh perjalanan utk mencapai apa yg dicita2kn dalam hidup ini,
insyaAllah moga 2012 memberikan segalanya yg lebih baik utk diri kita,
insyaAllah moga bertambah rezeki & nikmat2 kurniaan Allah (especially rezeki zuriat la..),huhu..pray hard!

WARDATUL HUSNA , anak sulong K.Lina & Abg Hadi, born on Friday, 30th Dec 2011.. =)

ptg ni usai wktu pejabat, ternmpk dllm post Ust Zamri, 
persembahan Zizan & Ust Azhar Idrus semasa program GEMS yg diadakan sempena sambutan tahun baru 2012 baru2 ni..
mmg x sangka ust Azhar tu pandai main gitar rupanya, mmg dasyat la UAI tu.. =)
tengok la ni, memang hebat la dia! =)
and then, search google lebih lanjut, terjumpa lagu baru sham kamikaze ni..tajuk, "Aku Yang Berdosa"
mmg sedap dan menyentuh hati..
mau berkali2 jugak di'replay' lagu nyanyian Syahir ni, mmg sedap sgt, I LIKE! =)

JOM LA LAYAN! INSYAALAH moga hati kita sentiasa menerima hidayah dan bimbingan dari Allah..

Lirik (harap maaf kalau salah, xclear sgt lagu ni..)

Sejauh mana langkahku di sana,
Aku melupakanMu
Seluas mana Kau beri padaku,
Masih ku angkuh padaMu,
Segalanya dusta, gelap mengaburiku,
Ya Allah, apa yg bisa ku tebus kepadaMu atas dosaku,
Ya Allah, tidak terasa hendakku bersujud utk syurgaMu,
Segalanya dusta telah mengaburiku..

Thursday, December 15, 2011

ASTRO OASIS JEMPUTAN UMRAH 2011

5 minit pertama menonton Jemputan Umrah lewat jam 10 malam semalam di rumah mak, hatiku bagaikan ditarik2 utk terus menonton sehingga 60 minit berakhir..maklumlah setelah beberapa ketika tak menonton televisyen disebabkan ketiadaan fasiliti itu di rumah sewa..sengaja kami x beli tv utk tgk sejauh dn selama mana kami mmpu bertahan + keadaan kewangan yg menuntut kami memberi keutamaan kpd perkara2 lain yg jauh LEBIH penting..

pada mulanya mataku tertarik memandang kelibat seorang yang bagaikan biasa ku lihat, yes, thats ustaz Rahman Hamzah, husband to one of my junior masa kat MMAS dulu, Ayu Suhana Merican.. :) her husband is currently work with Tabung Haji as mutawwif, & dia sbg wutawwif kepada 2 orang pemenang jemputan umrah Astro Oasis 2011.

Sesungguhnya aku sgt kagum dgn semangat seorang wanita, seorg ibu tunggal..kisahnya x sempat tengok dr awal memandangkan dh trlewat lbh kurg 15 minit. Kisah si ibu tunggal ini membesarkan anak2 seorg diri bersama ayahanda yg sudah lanjut usianya..ibu tunggal ini sudah berjanji dengan arwah suaminya saat kematian arwah bahawa mereka akan bertemu semula di syurga! Arwah juga mewasiatkan kpd si ibu tunggal ini supaya mendidik anak2 dgn didikan agama yg kukuh & juga agar menunaikan umrah di tanah suci Makkah stlh arwah tiada. Si ibu tunggal trpksa menghadapi 1001 dugaan dan cabaran, ditinggalkan berseorgn brsama ayahanda yg sudah uzur, beliau ttp berterima kasih pd ayahnya itu krn sudi menemani beliau.beliau sentiasa redha berjauhan dr anak2 yg merantau utk menuntut ilmu..pelbagai usaha dibuat, meminta bantuan dr saudara mara dan kenalan bg membolehkan beliau menghantar anak2 belajar agama di tanah suci Mekah mahupun Madinah, pelbagai usaha juga bg membolehkan beliau dan anak dapat menunaikan hasrat arwah suami utk mengerjakan ibadah umrah.

Alhamdulillah mrk terpilih utk menerima jemputan umrah Astro Oasis 2011..perjalanan umrah mereka pastinya sarat dengan emosi mengenangkan segala jerit perih (betul ke word ni?) kesusahan yg dilalui selama ini, tak henti2 air mata si ibu tunggal ni..beruntungnya dia, anak mengahfaz al Quran, katanya smbil memeluk & menepuk2 bahu si anak “inilah bekalan saya utk bertemu Allah kelak”, kata si ibu tunggal ini lg, “seleps selesai mengerjakan ibadah umrah, saya bercakap pd arwah suami yg saya sudah tunaikan impian arwah utk mengerjakan ibadah umrah, saya bercakap seolah2 arwah berada di hadapan saya”.."tiada apa lg yg sy inginkan dlm hidup, sy hnya mahu bertemu arwah suami di syurga nanti, saya mesti usaha agar dapat masuk syurga bersamanya.."

Indeed, I cried watching this last nite..

MasyaAllah, moga kita semua jg punya semangat sekuat si ibu tunggal ini..  

Thursday, December 8, 2011

BERDEBARNYA!

Ooooppppsss! 

berdebarnye menanti hari esok!

xsabar, tp takut jugak!

<(^_^)>

Wednesday, November 30, 2011

Mimpi Indah!

indeed, its the sweetest dream ever kot!

oh, indahnya mimpi itu...

bgikan x mahu terjga ke alam realiti..

tp apakan daya...

ia sekadar mimpi..

& air mata mudah mengalir tatkala tersedar..

AKU HANYA BERMIMPI..

:'(

Friday, October 14, 2011

pendaftar PR1MA dh smpi 7,113 org!!


huish..ramai sungguh org berminat dgn projek perumahan gomen nih..ade harapan ke ambo nk dpt rumah kt p11 ni? hurm..rumah yg ditawarkan cuma 560 biji je! adoyai...ade rezeki lebih, dapat la kn?kalau xdapat pun, thn dpn leh cuba lg..tp kalu blh, nk rumah kt putrajaya la..dkt ngn mak ayh, k.su & abg! (^_^)


Monday, September 20, 2010

Nik Aziz tunjuk 'wajah sebenar' - Ibrahim Ali

Dalam kesibukan siapkn keje ofis hari ni..tersentak sekejap bila terbaca keratan akhbar dalam Utusan Malaysia hari ni dgn tajuk seperti di atas..memg sentap sgt rasanya bila org sesuka hati mengata sesama Islam secara terang terangan dalam akhbar mcm tu, ni ke adab orang Melayu yg dibangga2kn sgt tu? SO PROUD TO BE MALAY smpi mcm tu skali ke? tajuk akhbar tu je dh cukp annoying..

ni antara ayat2 yg mmg x bleh blah..

Dalam dialog bersama wartawan di Kota Bharu semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, beliau tidak bangga berbangsa Melayu kerana bangsa itu datang secara automatik dan dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.
Sementara itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya berhati-hati apabila membuat kenyataan kerana dikhuatiri ia mengundang sikap bongkak, takbur dan kufur.
- xtau la kalau ada org still nk kt tok guru tu bongkak, takabbur dgn melihat kpd betapa bersederhananya beliau dlm kehidupan seharian.. 

Katanya, Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mengenali antara satu sama lain sebagaimana terkandung dalam ayat ke-13, surah Al-Hujurat.
"Manusia yang tidak kenal bangsanya adalah manusia yang tidak mengenali dirinya dan ia membawa kepada tidak mengenal Allah.
"Dia sepatutnya menyelami dan mendalami ayat al-Quran sebelum mengeluarkan kata-kata supaya tidak berlaku bidaah yang memusnahkan ibadah dan memesongkan tauhid diri dan ummah," tegasnya.
- saya yakin tok guru bangga mnjadi bangsa Melayu tetapi beliau tak mahu keterlaluan kerana apa yg lbh pentg adalah agama, kalau Islam selamat, insyaALLAH bangsa juga akn slmt..

WALLAHU A'LAM.. (this is not about politic,it is about respect to a 'tok guru'..)