xtau nak menulis ape hari ni but i guess i should write something dat willl benefit others..
not only me..dats what we call as sharing.. ;)
 
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. 
Duit  dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg  duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin  kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman;
"Dan  ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa  sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." -  [Surah al-Anfal : 28]
"Demi  sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut  (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)  kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah  khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila  diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita  menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan  kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi  amalan seharian..
Atau bagaimana?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan.  Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan  kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan  kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia. 
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana  Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang  panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Actually email ni dtg dr Zul, one of my friend msa kt uum dlu..dia sokmo bg email nasihat dn peringatan yg baik.. so, zul, i share kt cni ok! ;)