Tuesday, November 15, 2011

SAAT LAFAZ SAKINAH

~cuba hayati betul2 lirik lagu ni..insyaAllah, kita bkn sekadar mencari yg HALAL, malahan yg BARAKAH~ 

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

PAIN KILLER

Voltaren, t.ponstan, t.synflex, buscopan..
Sape tau ape bnd tu?
Semua tu adalah jenis ubat2 thn sakit yg mana in my case adlh utk period pain atau dysmenorrheal..
Ubat2 ni semua ada side effect tau..
Mst consume spls mkn..at least mkn biskut Jacobs utk dptkn sikit tenaga d pastikan perut x kosong,
Kalau x bahaya nt..blh sbbkn penyakit buah pinggang..
& selagi blh thn period pain tu, cuba jgn mkn pain killer..
Jgn biasakan sbb lama kelamaan bdn kt akn immune dgn ubat ni..
Mksudnya, wlupn dh mkn pain killer, sakit masih x hilang2 & we might need higher dose next time..
Lg 1 amalkan baca: “La haula wala quwwata illa billahil a’liyyul a’dzim” sblm mkn ubt tu..
Hadith Qudsi “bersabarlah dlm menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"

Friday, November 11, 2011

I'm begging You Allah..

setelah genap 30 hari, maka miss p pun dtg tnpa diundang..
tp oleh kerana persediaan yg agak rapi atas nasihat dr doktor & gynae,
taklah kecewa sgt rsa di hati ini..
aku harus sentiasa yakin dgn ketentuan Ilahi..
Alhamdulillah, en hubby sgt memahami..
dan setuju utk ikut arahan dn suggestion dr Adilah lps ni..
insyaAllah, kt sama2 doakan..

I'M BEGGING U ALLAH..


Wednesday, November 9, 2011

Erti Hidup?

"dan tidaklah Allah menciptakan jin dan manusia itu MELAINKAN semata2 utk beribadah kpd Allah"..

Alhamdulillah hari ni dapat attend ceramah Forum Perdana by Imam Muda Asyraf dan Dr Robiah K.Hamzah..dua insan hebat, masyaAllah, subhanallah, bila bercakap mmg sgt lancar..bagaikan dihafal2 setiap bait kata.. :)

suatu tajuk yg menarik dn mmbuatkn kita terus berfikir dn berfikir..
ape erti sebenar kehidupan kita di dunia ini?

antara soalan yg Dr Robiah kemukakan:

1. siapa kita?-Hamba Allah swt..
2. apa tujuan kita hidup di dunia ni?-semata2 beribadah kpd Allah & mencari keredhaan Allah swt..
3. siapa yg plg kita syg & plg dkt dgn kt dlm hidup ni?- pertama Allah, kedua Rasulullah, seterusnya ibu bapa, suami/isteri dsbg..
4. bila saatnya kita merasakan diri plg dekat pd Allah?-ketika sujud dlm solat fardu & sunat..
5. adakah kita redha dn seronok memeluk Islam, menjadi hamba Allah?
6. adakah kita betul2 sudah mengenal Allah & Rasulullah?

6 soalan yg mungkin kelihatan mudah tetapi kalau betul2 kita ikhlaskan hati menjawab soalan2 ni..mungkin ada yg akan ter'kantoi', sma mcm yg berlaku dlm dewan tadi..

fikir2kan, semoga kita dapat jwab soalan2 di atas secara spontan dgn jawapan yg betul..
bak kata Dr Robiah, mesti slalu check KPI Iman kita dr hari ke hari..
semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah & perlindungan Allah..

*JADI HAMBA ALLAH, BUKAN HAMBA DUNIA!*
*CINTAI RASULULLAH MELEBIHI CINTA KPD MANUSIA YG LAIN*
*REDHA DGN SEGALA YG ALLAH BERIKAN DALAM HIDUP KITA*
*JAGA HAK2 ALLAH, DAN ALLAH AKAN JAGA KITA*

Tuesday, November 1, 2011

doktor & MC

aduyai..ntah mcm mana dn ape yg aku fikir time tu pun xtau la..
tadi pi jmp dokt sbb rsa x sedap bdn, demam ckit..
plus stress & hormon x stabil..hehe..
dgr ceramah dr Rasool, mmg sgt menarik..
time nk keluar tu, dr tanya..

"u boleh krja hari ni? nk rehat ke?"
& aku blh pi jawab..
"its ok dr, sy blh kerja.."

haisy!!
& now..
rsa mls sgt dh nk krja...

barakah 10 hari pertama Zulhijjah..

source: Cahaya Muslimah

actually, suka sgt bc blog ni..sgt bermanfaat sbg peringatan buat diri yg selalu lupa dan leka dgn dunia..
sekadar menyampaikan, semoga beroleh manfaat dan ganjaran pahala dr Allah..


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

hadith-11“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
 
mam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
 
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA
1.  Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2.  Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya –terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

3.  Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
4.  Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

5.  Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6.  Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7.  Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8.  Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”
dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9.  Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
10.  Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
 P/S: kita mungkin tak dapat nak amalkan semuanya, tapi sekurg2nya kita jgn lah pulak meninggalkan semuanya, amalkan setakat yg mampu ok! ^_^

Friday, October 14, 2011

pendaftar PR1MA dh smpi 7,113 org!!


huish..ramai sungguh org berminat dgn projek perumahan gomen nih..ade harapan ke ambo nk dpt rumah kt p11 ni? hurm..rumah yg ditawarkan cuma 560 biji je! adoyai...ade rezeki lebih, dapat la kn?kalau xdapat pun, thn dpn leh cuba lg..tp kalu blh, nk rumah kt putrajaya la..dkt ngn mak ayh, k.su & abg! (^_^)