Salam Jumuah Barakah! ^_^
syukur hr ni masih dikurniakan Allah nikmat nyawa yg dipinjamkan, gunakan ia utk kebaikan secara maksimum ya! ;)
hr ni spt yg semua sedia maklum, kita umat Islam ni digalakkan untuk membaca + memahami surah Al Kahfi. antara ayat2 Allah di dalam surah ni yg sy rsa sgt relate dgn kehidupan seharian kita & rsanya sgt direct utk difahami oleh insan biasa spt sy yg tak ada ilmu dalam bidang tafsir Al Quran.
Ayat 22-23
وَلَا
تَقُولَنَّ
لِشَيْءٍ
إِنِّي
فَاعِلٌ
ذَٰلِكَ
غَدًا
﴿٢٣﴾إِلَّا
أَن
يَشَاءَ
اللَّـهُ ۚ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَـٰذَا رَشَدًا ﴿٢٤﴾
Dan janganlah engkau berkata mengenai
sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian
itu, kemudian nanti".
Melainkan (hendaklah disertakan dengan
berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu
jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke
jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
“Don’t forget to say ‘InsyaAllah’
whenever we say or promise something to be done in future”
Ayat 28
وَاصْبِرْ
نَفْسَكَ
مَعَ
الَّذِينَ
يَدْعُونَ
رَبَّهُم
بِالْغَدَاةِ
وَالْعَشِيِّ
يُرِيدُونَ
وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨﴾
Dan jadikanlah dirimu sentiasa
berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada
waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan
janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau
mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang
Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran.
Baginda Rasulullah bersabda ertinya:
"Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan
dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual
minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual
minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau
mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin
terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim)
Ayat 58
وَرَبُّكَ
الْغَفُورُ
ذُو
الرَّحْمَةِ ۖ لَوْ يُؤَاخِذُهُم بِمَا كَسَبُوا لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ ۚ بَل لَّهُم مَّوْعِدٌ لَّن يَجِدُوا مِن دُونِهِ مَوْئِلًا ﴿٥٨﴾
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah
rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka
telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi
Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka
tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah
daripadanya.
Boleh kita bayangkan mcm mana kalau
setiap kali kita buat dosa, Allah terus direct mengazab kita? Tentulah dh lemah
longlai bdn kita ni x mmpu menanggung siksaan..lewat solat kena azab terus,
buka aurat, kena azab lagi, mengumpat, kena azab lg…Allah, betapa rahmat Allah
melimpah ruah utk kita, peluang utk taubat itu terbuka luas selagi jasad masih
bernyawa. Fitrah manusia itu tidak lari dari melakukan dosa, hatta ustaz ustazah
pun, pasti ada melakukan dosa smda kecil atau besar..apa yg pntg, kita sentiasa
berusaha utk perbaiki diri & usaha utk istiqamah dlm kebaikan..
p/s : Allah, dosa mengumpat ni yg plg menakutkan, dh namanya prmpuan.. :(
No comments:
Post a Comment