Thursday, September 19, 2013

DULU HANYA MIMPI


DULU SAYA HANYA BERMIMPI DALAM TIDUR, BERKALI2 BERMIMPI SELAMA 2 TAHUN LEBIH, ALHAMDULILLAH SKRG ALLAH PINJAMKAN NIKMAT INI SEKALI LAGI..SEMOGA KALI INI SELAMAT KE AKHIRNYA, SEMOGA SIHAT SEMUANYA, SEMOGA INDAH KESUDAHANNYA.. ^_^
Alhamdulillah, syukur pd Allah, jika ditanya apa caranya, apa usahanya, inilah jawapan saya selain sudah sampai masanya Allah nak bagi :D
1. Doa yg tak putus2 pd yg Maha Mencipta esp setiap kali slps solat fardhu, solat hajat.
2. Tanpa malu2 lg, mohon pada semua keluarga, sahabat2 dan org terdekat untuk turut sama mendoakan saya hatta ke Tanah Suci Mekkah.
3. Turun naik hospital Pantai Kuala Lumpur selama 2 tahun berjumpa dgn dokt cantik manis, Dr Adilah Ahmat! (kaya Hosp Pantai, thanks TM!)
4. Amalkan minum susu kambing, kurma & madu (tak istiqamah sangat la..hihi)
5. Follow nasihat dari mertua & mak, pergi mengurut di Kelantan, Kedah & Perak. (walaupun agk risau pd mulanya, tp mengenangkan hajat mereka, ikutkan aje la, smbil berdoa semoga selamat & tak bawa mudarat)
6. Decided untuk buat D&C selepas keguguran pertama pd Feb 2013. (sbb ada org kata D&C lbh baik utk membolehkan dokt cuci rahim kita dr sisa2 kandungan tu..)
7. Terus berfikiran positif & mendapatkan nasihat & smgt dr suami, keluarga & rakan2! :)
Apalah sgt tempoh 2 tahun saya menunggu berbanding org lain yg sampai 5,7,10 tahun menunggu, tapi saya sengaja kongsikan di sini kalau2 ada yg sudi membaca. Semua ni hanya pinjaman sementara dr Allah, yg penting, kt ambil iktibar atas segala yg berlaku & terus berusaha & berdoa utk capai hajat kita tu.

 
THEY ARE SUPER DUPER CUTE, KAN! ^_^
 
 
 

Friday, June 7, 2013

ISTILAH SUKAR HAMIL, SESUAIKAH??

Bagi pasangan yang sudah berkahwin setahun & ke atas, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, biasanya golongan ini akan digelar sbg 'sukar hamil'.
pernahkah kita terfikir bahawa ada juga pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata dalam rumahtangga, sedangkan kedua2 suami & isteri tiada masalah (atas pengesahan dokt pakar).
bukan hanya bagi golongan ini, pasangan yg bermasalah sekalipun, istilah 'sukar hamil' kurang sesuai digunakan, sebaliknya yakinlah bahawa takdir Allah yang menentukan belum sampai masanya untuk Allah kurniakan cahaya mata pada kita dan bila dh sampai masanya,
maka tiada lagi istilah 'sukar hamil' tu hokey!
 
tentulah kita sbg hamba kena terus berdoa semoga Allah kurniakan zuriat pada kita kan?
tak kisahlah samada kita ni bermasalah atau tidak,
yang penting kita perlu usaha sedaya upaya, jgn berputus asa!
kalau kita rasa 2 tahun dh cukup lama, bagaimana pula dgn pasangan yg dah 6-7 tahun menanti?
sebagai hamba Allah yg lemah & tiada daya melainkan dgn keizinan Allah,
kita teruslah berdoa, semoga kita diberi kekuatan untuk bersabar dengan ujian Allah.
Maha Suci Allah, Dialah yg menciptakan kita dari tiada kpd ada..masya Allah, kun fayakun..
yakinlah wahai hati, sabarlah wahai hati, kuatkan iman, semoga Allah kurniakan sesuatu yg plg indah atas segala kesusahan, kesedihan yang kita alami selama ini..
 
Ya Allah, seandainya ada di kalangan mereka yg membaca tulisanku ini yang masih sepertiku, menanti kehadiran zuriat dalam hidup mereka, Kau kuatkanlah semangat kami, permudahkanlah urusan kami, kurniakan ganjaran pahala atas kesabaran kami selama ini dan Kau kurniakanlah kami dari sisi Mu zuriat yg soleh dan solehah, penyejuk mata dan hati kami!
Amiin.. ^_^
 
especially for TTC women like me! You're not alone! We're not alone!

Monday, December 31, 2012

SetelaH SekiaN LamA


Assalamualaikum all!
 
syukur Alhamdulillah setelah sekian lama, masih lagi dikurniakan kesempatan meng'update' blog! ^_^
 
akhirnya dapat jugak curi2 masa utk update blog kat ofis ni,
yes, today is the last day for 2012! & of course la ramai bosses yang bercuti.
left all the 'coolies' only in the office today,
& ramai pulak yang balik awal..ish ish ish..(excluding me ya!)
 
Last Monday, my older sister safely delivered her 2nd daughter!
alhamdulillah she's so cute & adorable!
Nurhasya Aulia', quite difficult to pronounce yet so uniqe & meaningful!
may Allah grant both my sis & Hasya good health insyaAllah!
here she is before & after 'cukur rambut'!
fresh lagi nih!

selepas di'botakkan'!
And last 17th  Dec 2012 was me & my chubby hubby's 2nd anniversary!
Alhamdulillah, it was great & i'm so grateful that we have spent 2 years together,
all the bitter sweet we went through, all the hope & dreams we shared!
i must thank Allah for all the blesses, a truly great, unexpected, priceless & meaningful anniversary gift we received from Allah, insyaAllah may Allah make it easy & smooth for us,amiin!
 
wish u all HAPPY NEW YEAR 2013, have a blissful days ahead & may Allah be pleased with us throughout the year!
 
Amiin, amiin, amiin....
 
 

Thursday, October 18, 2012

BELAJAR REDHA DENGAN TAKDIR ALLAH


source: mr google image
 
 
Kenapa kita sukar menerima takdir Allah yg kita tak suka?
 
analogi menurut Ust Norhisyam..
seorang kanak2 terlihat seekor ular berwarna hijau yang berkilat dan kelihatan cantik & unik pada pandangan matanya..
ibu yg terlihat langkah si anak yg semakin menghampiri ular tersebut
segera menarik anaknya pergi jauh dari bahaya itu..
sehinggalah si anak menangis teresak-esak, marah & salahkan si ibu kerana membiarkan ular tersebut berlalu pergi..
si anak yg masih kecil tidak tahu bahaya yg sedang menanti di hadapan..
 
begitulah juga kita diibaratkan anak kecil tersebut..
apa yang baik dan menarik pada pandangan kita, tidak semestinya baik untuk kita..
 
Firman Allah..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Surah. Al Baqarah:216)
 
firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II)
 
Redha dgn apa saja yg Allah takdirkan untuk kita
 
Terus usaha dan bersangka baiklah pada Allah..
 
Pencipta seisi langit dan bumi..

Wednesday, October 17, 2012

SYURGA, NERAKA

Berapa ramai dari kalangan kita yang mengimpikan SYURGA?
 
Berapa ramai juga dari kalangan kita yang sangat gerunkan NERAKA?
 
Tapi berapa pula dari kalangan kita yang sanggup berkorban apa saja,
 
jiwa & raga, keseronokan nikmat hidup yang sementara di DUNIA?
 
nak MENUTUP AURAT yang WAJIB itu pun penuh beralasan,
 
nak menjaga SOLAT yg FARDHU itu pun berlengah-lengah,
 
ALLAH, tanpa rahmat dn belas ihsan dariMu,
 
sesungguhnya kamilah manusia yg paling rugi,
 
ALLAH, kami tak layak ke SYURGAMu,
 
namun kami tak sanggup membayangkan azab NERAKAMu..
 
ALLAH, ampunkan dosa kami,
 
tetapkan IMAN kami, kuatkan kami dalam perjalanan menuju redhaMu ya ALLAH..
 
SUBHANALLAH..
 

Friday, October 12, 2012

Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah

Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah