Thursday, September 19, 2013

DULU HANYA MIMPI


DULU SAYA HANYA BERMIMPI DALAM TIDUR, BERKALI2 BERMIMPI SELAMA 2 TAHUN LEBIH, ALHAMDULILLAH SKRG ALLAH PINJAMKAN NIKMAT INI SEKALI LAGI..SEMOGA KALI INI SELAMAT KE AKHIRNYA, SEMOGA SIHAT SEMUANYA, SEMOGA INDAH KESUDAHANNYA.. ^_^
Alhamdulillah, syukur pd Allah, jika ditanya apa caranya, apa usahanya, inilah jawapan saya selain sudah sampai masanya Allah nak bagi :D
1. Doa yg tak putus2 pd yg Maha Mencipta esp setiap kali slps solat fardhu, solat hajat.
2. Tanpa malu2 lg, mohon pada semua keluarga, sahabat2 dan org terdekat untuk turut sama mendoakan saya hatta ke Tanah Suci Mekkah.
3. Turun naik hospital Pantai Kuala Lumpur selama 2 tahun berjumpa dgn dokt cantik manis, Dr Adilah Ahmat! (kaya Hosp Pantai, thanks TM!)
4. Amalkan minum susu kambing, kurma & madu (tak istiqamah sangat la..hihi)
5. Follow nasihat dari mertua & mak, pergi mengurut di Kelantan, Kedah & Perak. (walaupun agk risau pd mulanya, tp mengenangkan hajat mereka, ikutkan aje la, smbil berdoa semoga selamat & tak bawa mudarat)
6. Decided untuk buat D&C selepas keguguran pertama pd Feb 2013. (sbb ada org kata D&C lbh baik utk membolehkan dokt cuci rahim kita dr sisa2 kandungan tu..)
7. Terus berfikiran positif & mendapatkan nasihat & smgt dr suami, keluarga & rakan2! :)
Apalah sgt tempoh 2 tahun saya menunggu berbanding org lain yg sampai 5,7,10 tahun menunggu, tapi saya sengaja kongsikan di sini kalau2 ada yg sudi membaca. Semua ni hanya pinjaman sementara dr Allah, yg penting, kt ambil iktibar atas segala yg berlaku & terus berusaha & berdoa utk capai hajat kita tu.

 
THEY ARE SUPER DUPER CUTE, KAN! ^_^
 
 
 

Friday, June 7, 2013

ISTILAH SUKAR HAMIL, SESUAIKAH??

Bagi pasangan yang sudah berkahwin setahun & ke atas, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, biasanya golongan ini akan digelar sbg 'sukar hamil'.
pernahkah kita terfikir bahawa ada juga pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata dalam rumahtangga, sedangkan kedua2 suami & isteri tiada masalah (atas pengesahan dokt pakar).
bukan hanya bagi golongan ini, pasangan yg bermasalah sekalipun, istilah 'sukar hamil' kurang sesuai digunakan, sebaliknya yakinlah bahawa takdir Allah yang menentukan belum sampai masanya untuk Allah kurniakan cahaya mata pada kita dan bila dh sampai masanya,
maka tiada lagi istilah 'sukar hamil' tu hokey!
 
tentulah kita sbg hamba kena terus berdoa semoga Allah kurniakan zuriat pada kita kan?
tak kisahlah samada kita ni bermasalah atau tidak,
yang penting kita perlu usaha sedaya upaya, jgn berputus asa!
kalau kita rasa 2 tahun dh cukup lama, bagaimana pula dgn pasangan yg dah 6-7 tahun menanti?
sebagai hamba Allah yg lemah & tiada daya melainkan dgn keizinan Allah,
kita teruslah berdoa, semoga kita diberi kekuatan untuk bersabar dengan ujian Allah.
Maha Suci Allah, Dialah yg menciptakan kita dari tiada kpd ada..masya Allah, kun fayakun..
yakinlah wahai hati, sabarlah wahai hati, kuatkan iman, semoga Allah kurniakan sesuatu yg plg indah atas segala kesusahan, kesedihan yang kita alami selama ini..
 
Ya Allah, seandainya ada di kalangan mereka yg membaca tulisanku ini yang masih sepertiku, menanti kehadiran zuriat dalam hidup mereka, Kau kuatkanlah semangat kami, permudahkanlah urusan kami, kurniakan ganjaran pahala atas kesabaran kami selama ini dan Kau kurniakanlah kami dari sisi Mu zuriat yg soleh dan solehah, penyejuk mata dan hati kami!
Amiin.. ^_^
 
especially for TTC women like me! You're not alone! We're not alone!