Monday, October 18, 2010

ASB: LOAN FOR INVESTMENT??

Hari ni dh submit loan request kt haizan stlh berbln2 tertangguh, so mula la dlm otak ni berlegar2 plan so dat loan yg insyaALLAH bakal dapat tu nt x membebankn diri stp bln smpi 7 thn akn dtg..(kalu loan lps, blh la blnja haizan mkn...aiskrim je ok?..haha!)

tapi suddenly plan yg di'study' dari pg smpi tghri, last2 office mate tny.."halal ke cara tu??" hok aloh..nape la skrg bru dia tny dn knp la bru skrg aku trfikr..tp Alhamdulillah dia tny, kalu x mungkn dk syok sdiri je..

so bila dh ditanya cm2, teringt la nk rujuk website ust zaharuddin (cdt to ustaz 4 d great website! penuh dgn ilmu2 dunia dn akhirat..) so msa bc websute uzar tu, seolah2 dh blh dijgka mmg uzar xstuju dgn cara tu..kt cni dikongsikn ckit input2 utama dlm penjelasan UZAR..

1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.
Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.

2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur. 

3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.
Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad 1.07 %

 Ni antara point2 penting yg bg wani, dh cukp utk bt kptsn smda nk proceed atau x, nmpknye kena la cri alternatif lain pulak. Nak maklumat lebih lanjut, blh la click sini..

wallahua'lam..
  

 

1 comment:

mummy-aulia' said...

fikir-fikrkan cara lain pulak..apa yg boleh dibuat dengan duit tu..jangan nnt terbeban nk byr hutang