Wednesday, January 18, 2012

Bimbang nyawa sampai di kerongkong..

melewati surah Al Waqiah ayat 83:
"Maka kalau begitu mengapa tidak mencegah ketika nyawa telah sampai di kerongkongan"

surah ini banyak menceritakan tentang 2 golongan manusia iaitu golongan kanan & golongan kiri (ashabul yamin wa ashabusy syimal)..tentang bagaimana jenis manusia yg menjadi gol kanan & juga gol kiri, apakah nasib mereka di akhirat kelak, bagaimana manisnya nikmat yg dijanjikan utk gol kanan dn bagaimana sengsara & pedihnya azab yg menanti gol kiri..

Allah menceritakan dlm ayat ke 45-50 ttg ciri2 gol kiri yg mana mereka ini dahulunya hidup bermewah-mewah & terus menerus mengerjakan dosa2 besar serta tidak beriman dgn hari akhirat.
balasan mereka nt adalah kesengsaraan yg tiada terbayangkan, disiksa dgn angin yg sgt panas & air mendidih, dgn naungan asap yg hitam, mrk akan mkn pohon zaqqum di neraka kelak yg mana akn menyebabkan derita yang luar biasa..

kita mesti bertaubat, sebab kita manusia yg lemah lg hina, serba kekurangan, bertaubatlah sebelum nyawa sampai di kerongkongan, jgn sehingga itu terjadi baru kita tersedar akan dosa2 yg kita lakukan sebab pd saat itu, taubat tidak lagi diterima..

syukurlah masih lg bernyawa..

No comments: