Thursday, December 15, 2011

ASTRO OASIS JEMPUTAN UMRAH 2011

5 minit pertama menonton Jemputan Umrah lewat jam 10 malam semalam di rumah mak, hatiku bagaikan ditarik2 utk terus menonton sehingga 60 minit berakhir..maklumlah setelah beberapa ketika tak menonton televisyen disebabkan ketiadaan fasiliti itu di rumah sewa..sengaja kami x beli tv utk tgk sejauh dn selama mana kami mmpu bertahan + keadaan kewangan yg menuntut kami memberi keutamaan kpd perkara2 lain yg jauh LEBIH penting..

pada mulanya mataku tertarik memandang kelibat seorang yang bagaikan biasa ku lihat, yes, thats ustaz Rahman Hamzah, husband to one of my junior masa kat MMAS dulu, Ayu Suhana Merican.. :) her husband is currently work with Tabung Haji as mutawwif, & dia sbg wutawwif kepada 2 orang pemenang jemputan umrah Astro Oasis 2011.

Sesungguhnya aku sgt kagum dgn semangat seorang wanita, seorg ibu tunggal..kisahnya x sempat tengok dr awal memandangkan dh trlewat lbh kurg 15 minit. Kisah si ibu tunggal ini membesarkan anak2 seorg diri bersama ayahanda yg sudah lanjut usianya..ibu tunggal ini sudah berjanji dengan arwah suaminya saat kematian arwah bahawa mereka akan bertemu semula di syurga! Arwah juga mewasiatkan kpd si ibu tunggal ini supaya mendidik anak2 dgn didikan agama yg kukuh & juga agar menunaikan umrah di tanah suci Makkah stlh arwah tiada. Si ibu tunggal trpksa menghadapi 1001 dugaan dan cabaran, ditinggalkan berseorgn brsama ayahanda yg sudah uzur, beliau ttp berterima kasih pd ayahnya itu krn sudi menemani beliau.beliau sentiasa redha berjauhan dr anak2 yg merantau utk menuntut ilmu..pelbagai usaha dibuat, meminta bantuan dr saudara mara dan kenalan bg membolehkan beliau menghantar anak2 belajar agama di tanah suci Mekah mahupun Madinah, pelbagai usaha juga bg membolehkan beliau dan anak dapat menunaikan hasrat arwah suami utk mengerjakan ibadah umrah.

Alhamdulillah mrk terpilih utk menerima jemputan umrah Astro Oasis 2011..perjalanan umrah mereka pastinya sarat dengan emosi mengenangkan segala jerit perih (betul ke word ni?) kesusahan yg dilalui selama ini, tak henti2 air mata si ibu tunggal ni..beruntungnya dia, anak mengahfaz al Quran, katanya smbil memeluk & menepuk2 bahu si anak “inilah bekalan saya utk bertemu Allah kelak”, kata si ibu tunggal ini lg, “seleps selesai mengerjakan ibadah umrah, saya bercakap pd arwah suami yg saya sudah tunaikan impian arwah utk mengerjakan ibadah umrah, saya bercakap seolah2 arwah berada di hadapan saya”.."tiada apa lg yg sy inginkan dlm hidup, sy hnya mahu bertemu arwah suami di syurga nanti, saya mesti usaha agar dapat masuk syurga bersamanya.."

Indeed, I cried watching this last nite..

MasyaAllah, moga kita semua jg punya semangat sekuat si ibu tunggal ini..  

No comments: