Friday, June 8, 2012

AL-KAHFI


Salam Jumuah Barakah! ^_^


syukur hr ni masih dikurniakan Allah nikmat nyawa yg dipinjamkan, gunakan ia utk kebaikan secara maksimum ya! ;)


hr ni spt yg semua sedia maklum, kita umat Islam ni digalakkan untuk membaca + memahami surah Al Kahfi. antara ayat2 Allah di dalam surah ni yg sy rsa sgt relate dgn kehidupan seharian kita & rsanya sgt direct utk difahami oleh insan biasa spt sy yg tak ada ilmu dalam bidang tafsir Al Quran.
Ayat 22-23




وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا ﴿٢٣إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ ۚ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَـٰذَا رَشَدًا ﴿٢٤


Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".


Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".


“Don’t forget to say ‘InsyaAllah’ whenever we say or promise something to be done in future”


Ayat 28


وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨


Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


Baginda Rasulullah bersabda ertinya: "Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim)


Ayat 58


وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ ۖ لَوْ يُؤَاخِذُهُم بِمَا كَسَبُوا لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ ۚ بَل لَّهُم مَّوْعِدٌ لَّن يَجِدُوا مِن دُونِهِ مَوْئِلًا ﴿٥٨


Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.


Boleh kita bayangkan mcm mana kalau setiap kali kita buat dosa, Allah terus direct mengazab kita? Tentulah dh lemah longlai bdn kita ni x mmpu menanggung siksaan..lewat solat kena azab terus, buka aurat, kena azab lagi, mengumpat, kena azab lg…Allah, betapa rahmat Allah melimpah ruah utk kita, peluang utk taubat itu terbuka luas selagi jasad masih bernyawa. Fitrah manusia itu tidak lari dari melakukan dosa, hatta ustaz ustazah pun, pasti ada melakukan dosa smda kecil atau besar..apa yg pntg, kita sentiasa berusaha utk perbaiki diri & usaha utk istiqamah dlm kebaikan..
p/s : Allah, dosa mengumpat ni yg plg menakutkan, dh namanya prmpuan.. :(

No comments: