Friday, June 29, 2012

Khusyuk dalam solat?

Penting ke untuk khusyuk dalam solat?


Firman Allah yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Kalau tak khusyuk mcm mana?
Firman Allah yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


Sememangnya sy sendiri akui perlu berusaha lebih kuat untuk khusyuk dlm solat..
Kdg2 terasa sgt rugi wlupun jasad sdg solat tapi hati sgt lalai..
Pernah dengar  ustaz ckp, kt susah nk khusyuk dlm solat sbb hati kita dh terlalu terpaut dn terikat dgn hal2 dunia, melebihi pemikiran kerisauan kita trhadap nasib kita di akhirat kelak..
Sy sgt setuju dgn kata2 ustaz tu..


Kdg2 msa solat esp solat zuhur asar yg kbnyakannya dibuat di ofis, fikiran melayang jauh..
“betul ke aku update status deposit td..isk, kalau slh hbis la mengamuk bos2 dkt aku..”
“isk..lupa plak nk kunci laci meja td..dh la bnyk duit dlm tu…duit org pulak tu..”
“mlm ni nk masak ape ek, ke nk mkn kt luar je…penat pulak rsanya nk masak..”
Dan mcm2 lagi hal2 dunia yg tak dapat nk diusir keluar dr fikiran di saat berbicara dgn Allah di dlm solat..

Saya cuba google dan terjumpa bnyak tips2 untuk khusyuk dlm solat, hatta dlm majalah pun bnyk dibincangkn isu ni..
yg plg penting bg saya adalah utk kita buang terlebih dulu semua perkara2 keduniaan yg blh mengganggu fokus kita dlm solat, tahu makna2 bacaan dlm solat dan mengakui kebesaran Allah.
Terpulang pada diri sendiri utk membaca, memahami dn cuba untuk mempraktikkan setakat mana yg mampu.


Semoga ibdah solat kita diterima Allah..amiin.

No comments: